Sila basuh Cloth Diaper yang baru sebelum digunakan. ini adalah kerana cloth diaper baru perlu dibasuh beberapa kali supaya ia lebih mudah serap air. Caranya ialah dengan merendam di dalam air panas semalaman kemudian basuh dengan sedikit detergent (pastikan detergen bebas dari bleach atau softener). kemudian bilas seperti biasa. Anda boleh memilih samada membasuh Cloth Diaper dengan tangan atau mesin basuh. Jika menggunakan mesin basuh dinasihatkan supaya memasukkan cloth diaper kedalam laundry bag. Membasuh menggunakan tangan dapat memanjangkan jangka hayat cloth diaper anda.
Cara Membasuh Cloth Diaper KotorKeluarkan insert dari pocket cloth diaper.
bilas kotoran yang melekat pada cloth diaper.
masukkan kedua2 kedalam laundry bag
kemudian basuh didalam mesin basuh.
selepas itu keringkan dibawah cahaya matahari.
pastikan cloth diaper telah dibilas bersih daripada detergent.
Bila Cloth Diaper perlu ditukarCloth diaper harus ditukar setelah ia kotor atau lembab. masa untuk anak memakai cloth diaper adalah disarankan 3-4 jam. Pada waktu malam boleh dibiarkan lama skit dengan menambah bilangan insert.
Cara pemilihan DetergentDitergent tanpa pemutih, bleach atau softener.
biasanya ditergen murah tidak mengandungi bahan2 seperti diatas.
antara detergent yang bagus
1. Pureen HAD/ABD
2. KAO Attack
3. Cosway - KIDDIEWASH
4. Top
5. Trojan
6. Harimau Kuat